Minggu Lepas Shopping, Minggu Ini Meeting.


Minggu Lepas:

Di sini aku nak citer sikit aktiviti2 yang telah dilakukan minggu lepas. Seperti yang telah diwar2kan di hampir kesemua media yang wujud di negara ini, jualan akhir tahun (YES – Year End Sale) bagaikan hempasan tsunami yang membadai nafsu2 membeli-belah sekalian manusia termasuklah aku. Di kesempatan adanya lebihan wang, maka dengan sedikit perancangan perbelanjaan (perancangan ke?, jenis pantang nampak diskaun) aku telah melunaskan keinginan ini dengan membeli beberapa helai t-shirt , kemeja kerja dan kasut. Semua ini sebagai persediaan aku untuk tahun depan. Dah tahun baru, dengan semangat baru, mestilah kena dengan imej baru. Apabila dihitung kembali segala duit yang keluar bagaikan aliran air, boleh tahan juga. Tapi aku tak kisah sebab bendanya memang perlu dan nampak di depan mata. Dan pada tahun ini aku perasan satu benda. Jualan akhir tahun pada kali ini amat hebat berbanding dengan tahun sudah dengan pelbagai harga berdiskaun yang merudum jatuhnya. Per2 pun aku bersyukur kerana segala pembelian ini adalah hasil daripada limpahan rezeki daripada-Nya atas usaha sendiri memerah keringat dalam mendidik anak bangsa. Alhamdulillah.

Minggu Ini:

Seperti yang telah dinyatakan dalam mesyuarat terakhir sebelum cuti, minggu ini telah dijadikan sebagai minggu mesyuarat sekolah. Buktinya pada hari Isnin mesyuarat guru pertama; hari Selasa mesyuarat kurikulum; hari Rabu mesyuarat hal ehwal murid (HEM); dan hari ini mesyuarat kokurikulum. Bagi aku, mesyuarat2 ini adalah amat bermanfaat sekiranya maklumat2 yang disampaikan diisi dengan perkara2 yang terkini dan penting bagi organisasi sekolah dalam tempoh waktu mesyuarat yang  tepat atau bersesuaian. Aku pasti ramai cikgu kelihatan tidak senang duduk apabila mesyuarat2 ini meleret perbincangannya dengan maklumat2 yang telah diulang2 daripada hari pertama. Jadi, aku sabor je lah. Semestinya dalam minggu mesyuarat ini, aku telah mengenalpasti beberapa tugas baru yang ditetapkan melalui penelitian aku  terhadap buku takwim dan aktiviti sekolah yang diberi kepada setiap cikgu dan didapati beberapa tugas lama turut dikekalkan. Aku juga masih dalam mood berdebar mengenai kelas yang akan kupegang pada tahun hadapan serta subjek2 yang akan diajar walaupun telah diketahui melalui mesyuarat panitia sebelum ini. Aku berharap pada tahun depan aku dapat memperbaiki prestasi aku dalam melakukan proses P&P dengan berkesan serta dapat menjalankan tugas2 yang diamanahkan dengan penuh dedikasi dan sempurna.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s