Wadah Penulisan di Tahun 2010


Sudah ramai penulis blog menjadikan ucapan selamat tahun baru 2010 sebagai intipati picisan penulisan mereka. Ramai juga yang mengimbas kembali hasil penulisan blog mereka sepanjang tahun 2009. Seolah2 ia menjadi suatu ikutan (trend) dari satu blog ke blog yang lain. Dan dari imbasan itu, mereka menjadikan ia sebagai pendorong atau mengambil iktibar daripada segala sejarah yang tercipta dalam penulisan blog mereka. Tidak kurang ada yang menyenaraikan senarai2 tertentu sebagai kandungan utama penulisan mereka untuk menunjukkan sejauh mana kecenderungan mereka dalam pendengaran muzik, filem terbaik yang pernah ditonton mengikut telahan peribadi atau keterukan segala luahan emosi dan perasaan yang dialami dalam setahun kehidupan lalu mereka. Dan bagi yang meminati angka2, statistik kunjungan telah dijadikan bukti kepada khalayak terhadap kecenderungan pembaca dalam menyelami sesuatu kemasukan (entry) yang dipaparkan selaras dengan wadah pemunya blog itu sendiri.  Satu lagi yang masih lagi relevan ialah penciptaan azam2 khas mengikut kesesuaian dan nekad si empunya diri demi memperbaiki kehidupan yang akan mendatang ke arah lebih positif walaupun diakui sebagai satu klise yang kadang-kala muak untuk didengar. Itu semua bergantung kepada persepsi dan perspektif diri masing2. Kalau diusahakan bersungguh2, maka azam itu akan megah berdiri dalam kenyataan yang jelas di pengamatan diri sendiri dan orang lain. Kalau hanya melepaskan batuk di tangga dengan penciptaan azam yang maha hebat lagaknya, maka ia akan terkubur tanpa berbatu nisan. Seiring dengan bertambah satu lagi tahun kehidupan yang perlu ditempuhi, blog aku akan terus dengan wadahnya. Intipati penulisan akan terus bertambah malah berkembang selagi maklumat tidak putus dialirkan ke memori aku. Dan yang paling penting aku akan terus menambahbaik dari segala segi dan memperkemaskan blog ini dari semasa ke semasa agar sentiasa mesra dan tidak menghampakan pengunjung setianya di seantero alam maya ini.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s