Ketakjuban Diri di Hari Pertama


Ketakjuban Diri 1:

Sedemikian yang telah dijanjikan pada mesyuarat minggu lepas, aku akhirnya mendapat jadual waktu pertama bagi tahun ini. Biasanya bagi guru kelas seperti aku telah mendapat dua helai jadual waktu sekaligus yang mana ia adalah jadual waktu kelas dan jadual waktu persendirian. Sungguh kekagetan diri ini menjelma apabila hasil daripada penelitian ke atas jadual waktu persendirian aku didapati berlaku perubahan sangat drastik berbanding dengan jangkaan yang telah dipersetujui semasa mesyuarat akhir tahun panitia lepas. Di sini bukan bermaksud aku menentang atau membantah dengan percaturan drastik jadual ini. Aku tetap berbanyak syukur ke hadrat-Nya kerana masih tetap bertepatan  dengan opsyen ijazah sarjana muda aku. Cuma tidak disangka matapelajaran Matematik Tambahan telah digugurkan sama sekali dari jadual aku dan telah diganti dengan Matematik Moden Ting. 4 serta turut ditambah matapelajaran Fizik Ting. 4 dan ICT Ting. 1. Yang kekal hanyalah Sivik Ting 4. Semestinya pertambahan cabaran pada kali ini akan menguji sejauh mana ketabahan dan kecekalan aku dalam mengiringi perkembangan pesat dunia pendidikan hari ini. Segala hikmah di sebalik perubahan ini aku ambilnya sebagai sesuatu yang positif bagi memperkembangkan potensi diri aku ke satu tahap tertinggi serta meningkatkan lagi keboleh-daya-tahanan aku untuk  memenuhi segala kehendak2 yang mendesak pada saat2 getir membuat sesuatu keputusan berimpak besar di sekolah. Dipanjatkan doa agar aku berjaya menghadapi kesemua ini demi sinar kejayaan besar anak2 pelajar disayangi yang bakal tiba di masa akan datang.

Ketakjuban Diri 2:

Hari ini satu kejutan telah berlaku di kalangan guru2 atas ketidakhadiran dalam mesyuarat2 penting minggu lepas. Iaitu penyerahan surat tunjuk sebab kepada guru2 terlibat. Menurut dari riak wajah para penerimanya, dapatlah aku fahami bahawa surat inilah yang boleh menggusarkan guru untuk diberi penjelasan. Malah sekiranya tidak ditangani dengan baik, ia mampu mengakis kredibiliti dan reputasi seseorang penjawat awam terhadap persepsi ketua jabatan di sesebuah organisasi. Ada juga luahan nakal yang menyatakan bahawa ‘baru bersemangat hari pertama sekolah sudah kena surat tunjuk sebab’. Tawaan kecil mampu aku jelmakan.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s