Sebab Aku Jarang Kemaskini.


Aku kira malam ini adalah waktu yang sesuai untuk mengemaskini blog yang sudah terbiar lapuk dengan kemasukan terkini. Idea2 aku sentiasa menjelma di benak kepala ini. Akan tetapi kesenggangan waktu yang ada membataskan jari-jemari halus ini untuk terus mengetip papan kekunci dengan rencana kata yang lahir dari minda serba sederhana itu. Di sini, aku dapat menyimpulkan bahawa bulan pertama ini memang sibuk bagi hampir setiap guru di tanahair kita.

Mesyuarat Tak Berkesudahan.

Dalam dua minggu pertama permulaan hari persekolahan, sekolah aku memang padat dengan pelbagai agenda mesyuarat penting untuk menyampaikan perkembangan terkini dan makluman tentang perkara2 yang harus dijalankan dalam tahun ini. Mesyuarat guru kelas, mesyuarat merentas desa, mesyuarat panitia-panitia, mesyuarat kutipan yuran, mesyuarat pembinaan laman web dan macam2 lagi. Tanpa disedari, kesemua mesyuarat itu dapat dituruti dari satu hari ke satu hari. Apa yang membuatkan aku tak tahan adalah merasakan diri ini seperti terkurung sambil mendengar leteran meleret lidah manusia. Syukur dalam minggu ketiga ini, aku telah dapat menarik nafas lega kerana mesyuarat telah hampir tiada. Jadi boleh menumpukan kepada pelaksanaan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Pengurusan Kelas & Sekolah

Seperti biasa, guru yang masih hijau pucuk muda di samping beberapa guru senior ini telah ditetapkan dengan tanggungjawab memegang sebuah kelas. Semestinya guru2 ini merupakan guru yang paling sibuk di sekolah. Sudahlah dipertanggungjawabkan dengan tugasan2 di bawah keempat2 unit penting sekolah (iaitu pengurusan sekolah, kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal pelajar), mereka ini juga harus menguruskan segala perkara dan aspek berkenaan dengan kelas. Dari sekecil2 isu remeh hinggalah sebesar2 perkara berat. Yang paling berat adalah tugasan melibatkan kutipan yuran sekolah. Sedikit kelekaan boleh menyebabkan banyak masalah remeh akan timbul seperti jumlah kutipan tidak setara dengan bilangan pelajar di bawah jagaan. Mana nak capai kalau beratus ringgit lesap. Aku minta dijauhkan perkara seperti itu.

Kemaskini Maklumat SMM

Yang ini juga amat berat untuk diselesaikan. Aku kena kemaskini segala maklumat pelajar bagi seluruh sekolah yang berjumlah 1000 lebih orang. Bayangkan banyak maklumat yang perlu dimasukkan secara manual dalam komputer. Dengan pengenalan versi baru aplikasi ini, ia tidaklah semudah memindahkan data dari versi terdahulu. Atas masalah keserasian program, maka terpaksalah diarahkan guru kelas untuk memasukkan data setiap pelajar itu. Mana mungkin aku keseorangan dalam mengemaskini 1000 orang itu. Mahu setengah tahun tempohnya baru selesai padahal pihak yang berkenaan inginkan data penting itu hujung bulan ini. Ia akan susah pada awalnya dan menjadi senang kemudiannya.


2 Komen on “Sebab Aku Jarang Kemaskini.”

  1. cikguru rose berkata:

    wahh mizan..akhirnye sampai gak i kt blog ni..huhu..really impress wif ur blog..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s