Masih Lagi Sibuk


Aku rasa pada tahun ini semacam ada perbezaan yang amat ketara dari aspek kesenggangan masa yang aku miliki selama ini. Ia seolah2 tidak mencukupi untuk ku lakukan dan laksanakan pelbagai aktiviti rencam yang diminati seperti pengemaskinian blog kesayangan ini dan pembacaan majalah2 kegemaran yang baru dibeli untuk edisi setiap bulan. Sampai berhabuk dibuatnya majalah2 itu. Baru semalam aku telah memulakan dengan sepenuhnya aktiviti pembacaan itu. Iyelah. Rugilah nanti dah beli mahal2, hanya terperosok menjadi penghias ruang lantai bilik aku. Aku tidak menginginkan itu. Mungkin ada pelawat yang dapat mengesani sedikit ‘sesawang’ telah mula menebar di blog ini. Ada juga yang terpaksa ‘menebas lalang2 liar kecil’ yang mula menumbuh segar semulajadi di sini dengan peninggalan komen2 dari rakan.  Semestinya aktiviti rencam ini tidak akan dilupakan begitu sahaja malah akan senantiasa diingati sehinggalah aku dapat menarik nafas lega  apabila sudah selesai pengemaskinian itu. Malah ia juga menjadi salah satu daripada terapi bagi aku dalam membebaskan segala yang terbuku di dalam hati nurani dan diri ini dari cabaran2 getir yang sentiasa mendepani di sepanjang laluan hidup aku. Namun, semua ini aku dapat menanganinya dengan bijak sebagai satu usahaku dan tidak ketinggalan  aku memunajatkan doa kepada Allah sebagai satu senjata kekuatanku.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s