Ulangtahun Ke-2 Blog


Entah bagaimana memori aku boleh menggamit kembali sejarah kewujudan blog kesayangan ini. Sudah dua tahun rupanya blog ini masih terus bernafas dengan kemaskini yang berterusan oleh si pemiliknya. Aku tidak dapat mengingati dengan pasti tarikh sebenar kewujudan blog sendiri melainkan yang pasti ia telah diwujudkan dalam bulan ini. Sememangnya pelbagai perubahan sama ada secara drastik atau kecil telah dilakukan demi meyakinkan para pelawat untuk terus mengunjungi dan menyelami segala macam rencah kehidupan yang diserlahkan di sini. Sebab itu aku telah menamakan blog ini dengan barisan kata (tagline) iaitu ‘Perencanaan Kehidupan Yang Perlu Diteruskan’ walaupun kemasukan2nya menjurus kepada alam pendidikan yang aku diami. Tetapi jika turuti daripada kemasukan blog paling awal sehinggalah sekarang, memang dapat dilihat serba sedikit perjalanan yang telah dialami oleh si pemilik a.d.s si penulis menepati dengan tagline yang digunakan. Dalam tempoh dua tahun itu juga, terdapat dua perkara paling drastik yang telah aku lakukan iaitu:

  1. Kandungan blog yang semakin pelbagai dan matang mengikut usianya.
  2. Perpindahan daripada platform Blogger kepada platform WordPress.com

Di sini, aku sertakan juga pautan kemasukan pertama di Blogger yang kiranya sebagai salah faktor aku wujud di alam blog ini yang dapat mengimbau kenangan silam permulaan aku menulis blog.

http://ahamimokhi.blogspot.com/2008/01/nak-ade-blog-jugak.html

Apa yang mampu aku katakan kini agar blog kesayangan ini sentiasa ‘hidup’ dengan pelbagai kandungan yang bermanfaat untuk sekalian pembaca dan dapat dikekalkan selagi keupayaan aku masih diizinkan oleh Tuhan yang Maha Esa untuk terus menitipkan kata-kata di dalam blog ini. Amin.

Tidak dilupakan sementelahan kefanatikan aku terhadap blog semakin bertambah, aku secara rasminya ingin mengumumkan mengenai kewujudan satu lagi blog di platform yang sama iaitu:

Dari Lensa AhamiMokhi

Pencarian dan Penerokaan Menerusi Lensa

http://ahamilens.wordpress.com



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s