Suka, Kecewa di Hari Sukantara


Rentetan daripada kejohanan merentas desa yang telah dilakukan pada Sabtu lepas, minggu ini pula sekolah aku telah mengadakan sukantara untuk selama dua hari petang jangkaannya. Perbezaan yang aku fikirkan paling ketara dan drastik pada sukantara kali ini adalah dengan wujudnya enam pasukan demi meningkatkan daya persaingan di antara pasukan umumnya dan turut memberikan lebih peluang kepada lebih ramai pelajar dalam melibatkan diri ke acara2 yang dipertandingkan. Di samping itu, pembahagian atlet sekolah dan pendaftaran semula kesemua pelajar secara sama rata dari aspek bilangan atlet dan bilangan ahli ke dalam keenam2 pasukan turut disambut gembira oleh semua guru yang bertindak sebagai penaung utama dalam pasukan masing2. Bagi aku, tindakan seperti ini dapat mengelakkan ketidakseimbangan kekuatan di antara pasukan yang wujud. Kesannya mampu dilihat pada tahun lepas semasa masih mengaplikasikan konsep empat pasukan yang tiada had keahliannya, ia telah menyebabkan ada pasukan memiliki begitu ramai keahlian dan lebih menyedihkan lagi tonggak utama pasukan lain turut mungkin ‘dibeli’ oleh pasukan yang kuat demi melunaskan cita2 yang bagi aku tiadalah semurni mana pun. Kalau ingin bersaing, biarlah secara sihat dan betul. Dengan adanya pendaftaran semula ini, daya persaingan kini kembali ke hala tuju utama dasar bersukan di sekolah.

Bagi sukantara, acara yang biasa diuji ke atas kesemua pelajar ini ialah acara lontar peluru, lompat jauh, lari pecut 100m dan larian 400m. Kesemua acara ini juga dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu Lelaki C (Pend. Khas & Ting. 1), Lelaki B (Ting.2 & Ting. 3), Lelaki A (Ting. 4 & Ting. 5), Lelaki Khas (Ting. 6), Perempuan C (Pend. Khas & Ting. 1), Perempuan B (Ting. 2 & Ting. 3), Perempuan A (Ting. 4 & Ting. 5) dan Perempuan Khas (Ting. 6). Kesemua acara ini dijalankan serentak dalam tempoh masa dua hari mengikut jadual giliran pasukan yang telah disusun mengikut acara. Pada petang semalam, acara ini telah dimulakan di bawah terik mentari yang membahang di tengah padang. Aku yakin sekarang ini pun telah kelihatan sedikit gelap disebabkan selaran pancaran mentari terik itu. Ditakdirkan pada petang itu, hujan lebat telah turun dari skala rintik2 hingga ke akhirnya mencurah2 turun bagaikan air pancuran mandi. “Itulah rezeki yang diturunkan oleh Allah s.w.t setelah sekian lama Bumi-Nya ini tidak dibasahi”, getus hati aku. Walaupun acara petang itu terpaksa ditangguhkan demi keselamatan pelajar, namun di sebaliknya itu ada hikmahnya. Sukantara sekolah telah diputuskan untuk disambung ke pagi ini dan acara petang hari kedua dianjak ke belakang untuk dicantumkan pada pagi itu juga. Ini merupakan satu khabar gembira bagi seluruh warga sekolah. Kita selalu menyalah tanggapan bahawa apabila pelajar bersukan, pelajar tidak belajar pada hari tersebut. Itulah pendapat bagi sesetengah individu yang terlalu cetek inteleknya kerana terlalu mementingkan akademik. Mereka tidak sedar dengan konsep pendidikan itu sendiri. Untuk makluman, bersukan itu juga merupakan suatu bentuk pendidikan kepada pelajar iaitu mendidik pelajar untuk membina jasmani yang sihat dan cergas yang seterusnya menjuruskan kepada pembentukan empat aspek perkembangan diri yang seimbang (intelek, rohani, emosi dan jasmani). Bukannya hari2 berturut pelajar bersukan hingga ke hujung tahun. Kalau macam itu, pelajar jadi macam ayam ternak aje lah. Tak pernah keluar dari kepompong kelas.

Semestinya dalam mana2 sukan, aku selalu berpegang kepada prinsip dua kelompok manusia iaitu satu kelompok yang menganggap sukan sebagai satu bentuk persaingan biasa dan satu kelompok lagi menganggap sukan sebagai sesuatu persaingan yang serius. Dalam konteks sukan sekolah, kedua2 kelompok ini juga turut wujud. Secara umumnya, bagi kelompok ahli yang menganggap sukan sebagai satu persaingan biasa, mereka ini lebih menerima suatu kemenangan dan kekalahan sebagai satu adat dalam bersukan. Mereka ini juga senang diajak berbincang dalam menyelesaikan sesuatu percanggahan dan salah faham. Tapi golongan ini bukan bermaksud senang dibuli, cuma mereka lebih mementingkan semangat setiakawan dalam bersukan terutamanya hubungan pasukan dengan pengadil/hakim. Bagi kelompok yang menganggap sukan sebagai suatu persaingan yang serius, mereka ini sebenarnya satu golongan yang sukar menerima suatu kemenangan pihak lawan dan kekalahan pihak sendiri. Mereka mungkin boleh menerima kemenangan pihak lawan dan kekalahan pihak sendiri apabila disertakan hujah2 dan bukti2 yang boleh diterima akal dan sukar disangkal. Bagi aku, ini merupakan golongan yang menyusahkan kerana akan terdapat perkara2 remeh yang akan dijadikan isu besar semata2 untuk melunaskan matlamat keberlangsunganĀ  status elit pasukan mereka. Seperti yang berlaku hari ini dan semalam, ada beberapa pasukan yang mula datang memberikan komen2 berkaitan dengan teknik dan pengadilan setelah melihatkan mata2 yang dipungut ahli mereka kelihatan seperti berat sebelah atau tidak seimbang. Pandangan yang aku berikan ini tidak bermaksud untuk memihak kepada mana2 pasukan. Cuma mengikutinya secara realiti. Terpaksalah pihak2 yang berkaitan memenuhi kehendak pasukan ini demi memberikan situasi menang-menang kepada pihak yang tidak berpuashati itu walaupun ia memang membebankan. Sehinggakan ada segelintir guru yang membahaskan isu ketidakpuasan hati ini di kantin. Yang menjadi persoalan aku, kenapa guru2 ini yang beria2 untuk meluahkan emosi tak sepatutnya padahal ahli pasukannya iaitu pelajar tidak memberontak pun mahupun berdemonstrasi. Apabila keputusan diterima tidak menyebelahi pasukan yang perasan elit ini, mereka mula ingin mempersoalkan itu tak betul ini tak betul berdasarkan bukti2 yang mereka mampu cari. Inikan sukantara sekolah yang antara tujuan utamanya untuk memilih wakil sekolah. Memanglah ada sistem mata (point) yang perlu dikumpulkan. Itupun sebab ingin memeriahkan suasana supaya semua ahli pasukan berusaha untuk membuat yang terbaik. Kalau pelajar itu sendiri yang menyuarakan hal ini tidak mengapa, ini guru2 itu pula yang melebih2. Kita hanyalah sebagai penaung dan pemandu kepada pelajar2 ini. Dan ini juga sedikit sebanyak telah menunjukkan warna sebenar guru2 itu dari sudut pandangan aku khususnya sama ada dari aspek positif mahupun aspek negatif. Secara positifnya, aku mengambil ia sebagai satu teladan yang perlu diambil iktibar agar unsur2 seperti ini tidak mempengaruhi aku secara emosi dalam mendidik pelajar supaya sentiasa mengamalkan semangat kesukanan secara sihat.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s