Permulaan Bicara.


Setelah sekian lama aku menyepikan diri dari menulis titipan kata di blog kesayangan dalam jangka waktu sementara ini, aku merasakan perlu untuk dimulakan dengan satu transformasi wajah baru pada blog ini. Ternyata mungkin tuan punya sendiri pun sudah lali melihatkan antaramuka yang digunakan sejak dari tahun lepas. Dan yang pasti para pembaca juga turut sependapat dengan aku. Walau apapun perubahan yang berlaku, matlamat aku tetap sama iaitu berusaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam penulisan blog ini. Bukan sekadar menulis sahaja dalam Bahasa Melayu, malah aku cuba untuk menggunakan ia dengan betul serta sehabis boleh mengelakkan penggunaan perkataan singkatan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menjelikkan. Bukan aku benci, tapi platformnya tidak sesuai. Singkatan SMS hanya sesuai pada penulisan mesej telefon bimbit sahaja dan bukan pada segelintir blog yang pernah aku temui dan baca. Ia amat janggal bagi aku sampaikan terpaksa berulangkali dibaca untuk memahamkan singkatan SMS yang diterapkan. Oleh itu, terpulang kepada pendapat masing-masing untuk menilainya.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s