Permulaan Bicara [Siri 2] – Sibuk dan Seksa


Kita bersambung lagi. Di kala pagi Jumaat yang mulia ini, aku telah sempat mengalunkan halwa telinga aku dengan beberapa lagu yang menggamit perasaan aku apabila dikenangkan kembali peristiwa2 masa silam. Peristiwa yang banyak meruntunkan jiwa ini agar sentiasa tabah dan cekal dalam menempuhi segala kerenah kehidupan yang kadangkala menyenakkan sanubari aku. Sememangnya aku mengambil masa yang lama untuk kembali menitipkan kata2 suka dan duka di blog ini. Punca terjadi semua ini tidak lain daripada kesibukan yang semakin menjadi2 pada usia menginjak lebih setahun tempoh kerjaya mulia yang aku pilih ini. Pada tahun ini, aku sedikit sebanyak telah menjawat beberapa jawatankuasa yang tidak kurang pentingnya di sekolah. Tidak dapat aku pastikan bahawa adakah aku menanggung dan melaksanakan tanggungjawab ini dengan sempurna dan berkesan. Ditakuti juga ada yang menuturkan kutukan dan kritikan pedas di sebalik usaha aku untuk memperbaiki kelicinan carakerja jawatankuasa yang aku tanggung ini. Namun setakat yang aku lihat, inilah yang terdaya aku lakukan sementelahan aku masih lagi hijau pucuk muda dalam hal2 seperti itu. Seperti mana amalan2 di semua sekolah dalam awal tiga bulan setiap tahun, pelbagailah acara sukan yang dianjurkan demi memilih wakil2 pelajar yang layak untuk dilantik sebagai atlet sekolah ke peringkat lebih tinggi. Tidak ketinggalan sekolah aku yang dimulai dengan acara merentas desa dan seterusnya sukantara, sukan kecil dan hari sukan. Walaupun tubuh badan aku gagah di padang mengharungi terik sang mentari pagi dan petang yang membahang serta hujan kilat yang lebat tiba2 di musim peralihan monsun ini, namun aku gagal menahan kekuatan diri lalu terkulai layu bak sayur kangkung di pembaringan besi ringkas rumah aku. Cukuplah sekadar mengumpul kekuatan untuk menghadapi hari esoknya. Hari yang aku tidak pasti cabarannya.

Dalam aku mengejar garis masa penyelesaian kesibukan itu, ada seseorang yang tidak dapat melihat kesenangan aku. Dalam kekalutan aku mengadaptasi kesibukan yang belum pernah dialami, dia juga sibuk mencanangkan sebuah cerita kepada rakan sekerja senior yang lain bahawa aku ini bukan sesempurna seperti yang dianggap selama ini. Amaran aku kepada orang itu. Jangan sampai mulut aku berkata cerca nista kepada kau. Jagalah diri kau itu dulu. Tidak perlu sibuk2 hendak menyingkap baju dan kain orang. Orang lain pun dah ramai muak dengan perangai kau yang seolah2 dalam dunia ini kau seorang sahaja ada isteri. Selalu meninggalkan tanggungjawab dengan alasan yang tidak munasabah. Pelajar2 kau sendiri pun menyampah dengan perangai kau yang perasan sempurna. Orang yang kenal kau baru beberapa minit pun boleh menyampah dengan apa yang kau cakap. Kaulah orang paling jijik aku pernah jumpa.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s