Ketenangan Yang Belum Dipulihkan.


Hari ini aku telah kembali semula ke lubuk rezeki. Sebuah lubuk yang sungguh bermakna bagi diri ini dalam meneruskan kelangsungan penghidupan untuk menghadapi pelbagai cabaran. Cabaran dan ujian yang dibadai bak rempuhan gelojak tsunami kadangkala cuba merapuhkan kekuatan tiang penghubung jiwa dan jasmani aku sedang ia sedaya upaya dipertahankan demi meneruskan perjuangan mencapai kemuncak cita2 yang telah dipilih sendiri. Dalam pengembalian semula ini, aku sering memilih untuk memandu di waktu malam walaupun dinasihati akan keterbatasan penglihatan yang dialami. Mungkin bagi aku, pemanduan di waktu malam dapat meredakan sedikit ketegangan psikologi secara teorinya melalui suasana nyamannya dan sekiranya hujan, maka bertukar pula kepada suasana sejuk yang mendamaikan. Apa yang mendamaikan? Sebab aku suka mendengar titisan hujan yang terhempas di bumbung kereta aku. Kalau di rumah pun sama. Di samping itu, aku juga suka melihat cahaya lampu waima pun ia lampu kereta yang berlalu pergi dan tiba.Tiada alasan kukuh atas kesukaan janggal ini. Hanya sekadar suka dalam jangka yang masa pendek itu. Namun semua itu tidak mampu merawat ketidakstabilan emosi aku yang disangka tenang ini. Sememangnya secara luaran aku mampu mengawalnya melalui amalan2 yang selalu dipraktikkan sendiri. Tetapi gelojak di dalam diri ini bagaikan lahar kemarahan membahang dan kekecewaan terus mengalir di sekitar lubuk jiwa. Mungkin melalui kesejukan aliran air kasih sayang yang berkuasa untuk membekukan dan menyejukkan lahar kemarahan dan kekecewaan ini. Aliran air kasih sayang tersedia ada sekarang hanya sekadar meredakan lahar2 itu. Jauh sekali cukup untuk menyejukkannya. Apa yang aku boleh katakan ada seorang insan itu sahaja boleh menyejukkan dan seterusnya menghilangkan lahar kemarahan ini. Malangnya insan yang diperkatakan itu kini telah menjauh pergi. Baik secara berhadapan muka ke muka mahupun secara maya. Aku pasrah dengan itu lalu terpaksa menggunakan sisa2 kekuatan binaan penghubung yang masih ada untuk dijadikan alat pertahanan psikologi sepanjang masa dewasa ini. Oleh itu, ketenangan diri yang kini kuat berkocak masih belum dapat dipulihkan, namun secukup untuk diredakan sahaja buat sementara waktu.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s