Tugasku Semakin Mencabar


Sepanjang rekod aku menghuni di alam penulisan blog, kini ia telah mencapai satu sejarah diri aku di mana mengalami tempoh paling lama tidak mengemaskini blog setakat ini. Aku berharap situasi ini tidak berpanjangan kerana minat aku terhadap penulisan blog belum pernah pudar dari sanubari hidup ini. Malah ia semakin meningkat dari sehari ke sehari selagi hidup aku masih dipanjangkan oleh-Nya. Aku rasa amat bersyukur atas limpah dan rahmat-Mu dalam menguatkan semangat dan jiwa aku untuk mengharungi dunia pendidikan yang semakin mencabar dengan kerenah2 rakan seperjuangan serta anak2 pelajar aku sekalian. Aku memang mengakui bahawa aku banyak melampias kemarahan di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran subjek berlangsung. Sehinggakan pernah terjadi satu peristiwa membaling pen marker ke atas salah seorang pelajar aku. Namun begitu, itu bukan bermaksud aku membencinya jauh sekali memalukannya. Cuma sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati melalui aksi yang sepatutnya aku boleh kawal melalui kemahiran2 diri yang aku miliki selama ini. Peristiwa itu juga tidak mematahkan semangat aku untuk terus berkecimpung di alam pendidikan ini selain daripada mematangkan diri aku agar bijak menangani situasi2 yang kadangkala boleh mencengkam hingga ke lubuk hati itu. Kekuatan yang selama ini aku teguhkan pernah sekali dibungkam jatuh oleh satu makhluk yang tidak senang hati melihat kesenangan aku untuk hidup. Kesanggupannya melemparkan cerita yang penuh kepalsuan kepada rakan sekerja yang lain dilihat seolah2 untuk menjatuhkan maruah aku di khalayak demi melunaskan dendam kesumat makhluk itu yang tidak pernah padam. Syukur aku masih mempunyai rakan yang telah menyampaikan cerita sebenar itu kepada aku. Kalau diikutkan kemahuan hati, mahu sahaja aku memberikan satu tamparan padu ke mulut makhluk itu. Walaupun diceritakan seperti aku ini seorang yang lemah dari segenap segi, dengan tamparan yang mungkin diberikan sudah cukup untuk menjelaskan sejauh mana kekuatan yang aku miliki demi mempertahankan maruah yang cuba dicemari sewenang-wenangnya. Malahan rakan2 sekerja lain juga telah mengetahui perangai buruk sebenar makhluk itu. Tidak perlulah untuk menjatuhkan maruah orang lain. Nanti diri sendiri itu akan merana. Aku tidak sabar untuk melihat makhluk yang memang buruk perangai itu berambus dari dari sini. Lagi cepat lagi bagus. Orang lain pun sudah meluat dengan perangai makhluk itu.

Dalam tahun ini, aku dapat mengagak bahawa tahun ini bakal menimbulkan banyak kesibukan kepada diri aku. Boleh dikatakan beberapa perkara dan kerja telah tersedia untuk memenuhi kalendar tugasan bagi tahun ini. Mengikut perkiraan aku, ia adalah merupakan perkara lumrah bagi guru muda seperti aku. Menimba sebanyak boleh pengalaman menjalankan tugasan2 pentadbiran, pengurusan dan pengajaran. Aku sering menganggap tugasan2 seperti itu meningkatkan cabaran buat diri ini untuk membiasakan diri dengan suasana yang telah menjadi lumrah di sekolah. Mengeluh bukanlah satu amalan buat aku. Walaupun sesuatu tugasan itu amat berat dilaksanakan atau pertama kali aku menyandangnya, aku akan sedaya upaya untuk melakukan dengan penuh kesempurnaan dan tanggungjawab supaya amanah itu tidak disia2kan. Seterusnya meningkatkan persepsi orang lain terhadap aku yang masih mentah ini. Baru2 ini aku telah terlibat selama tiga minggu dalam tiga acara sukan peringkat MSSD yang berbeza. Sememangnya aku terpaksa meninggalkan kelas demi memenuhi arahan pihak atasan. Sesungguhnya pengalaman menjalankan tugasan di acara sukan MSSD telah banyak memberikan pendedahan kepada aku. Dan baru2 ini juga aku telah ditugaskan untuk mengemudikan pasukan merekacipta kereta solar sekolah yang bakal dipertandingkan beberapa bulan akan datang. Semestinya tugasan ini mengujakan aku. Aku ingin meminta maaf sekiranya ada beberapa tugasan asas tidak dipenuhi selengkapnya. Apakan daya. Kesuntukan masa yang dihadapi telah membantutkan aku untuk menyiapkannya. Aku berharap masalah ini dapat diatasi secepat mungkin agar ia tidak memberikan persepsi buruk kembali kepada diri ini.

Berbanding dengan kelas yang aku telah pegang tahun lepas, aku merasakan kelas yang aku pegang tahun ini sangat mencabar kekuatan aku dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan pelbagai kerenah yang dihadapi telah memaksa aku untuk menjadi lebih tegas di kelas. Itulah situasi yang sering dialami oleh guru2 yang mengajar di sekolah luar bandar. Sifat malas dan kerenah masalah disiplin seolah2 telah menjadi akar budaya pelajar di mana sahaja. Namun, setakat ini aku masih mampu bertahan. Sifat ketegasan yang ada dalam diri yang boleh aku gunakan supaya mereka menumpukan segala yang aku ajari. Aku juga telah dapat mengenalpasti beberapa pelajar aku yang berpotensi untuk terus maju ke hadapan dan tidak ketinggalan sebahagian pelajar yang sekadar cukup makan sahaja. Namun, tidaklah mudah untuk aku beralah dengan situasi yang sentiasa membelenggu setiap hari. Aku menganggapnya sebagai satu cabaran hebat demi memenuhi dasar pendidikan di negara kita.

Itulah ia sedikit bingkisan dari dalam hati sepanjang tempoh ketidak-kemaskinian blog ini. Kiranya legalah sedikit hasil dari luahan ini. Sesungguhnya aku bukanlah insan yang lemah untuk sentiasa meratapi ketewasan menghadapi kelangsungan hidup. Sekadar berkongsi sebuah realiti yang mungkin ada persamaan dihadapi seperti orang lain juga.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s