Kegembiraan Yang Mampu Diungkap.


Sebenarnya dalam seminggu ini, aku merasakan penuh diri ini dengan sifat kegembiraan yang tidak sukar untuk diungkapkan melalui air muka aku. Sentiasa ceria dan mudah tersenyum itulah yang sentiasa dialami oleh aku. Tidak sia-sia aku berjumpa dengan kerani sekolah untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku setelah lebih setahun perkhidmatan aku di jabatan kerajaan. Syukur aku panjatkan atas nikmat ini. Namun aku berharap ia tidak melekakan diri dengan nikmat rezeki yang melimpah ini. Perancangan teliti untuk kegunaan jangka masa panjang telah dilakukan untuk memiliki beberapa peralatan keperluan yang penting demi keselesaan dan kemudahan untuk kehidupan seharian aku walaupun melibatkan kos yang agak tinggi. Mungkin peralatan ini juga pada masa yang sama dapat melegakan stress aku yang sering dihadapi dalam seharian bekerja yang penuh tekanan menghadapi pelbagai kerenah manusia. Sememangnya sudah lama aku idam2kan semua ini. Emak aku juga sempat berpesan agar menyimpan sedikit demi masa depan yang mungkin sukar untuk diramal naik turunnya. Aku menerima pesanan itu dengan penuh bermakna. Aku tahu ini akan berbalik kepada kebaikan diri ini juga.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s