Kisah di Kadet Bomba dan Penyelamat Sekolah


Semasa dalam satu hari di minggu orientasi yang mana aku baru ditempatkan di sekolah, aku memang tidak dapat lari daripada memegang dan membimbing para pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Aku telah dilantik untuk membimbing Kelab Sofbol bagi sukan, Kelab Sains bagi kelab/persatuan ko-akademik, Kelab Pusat Sumber bagi kelab/persatuan dan akhir sekali Kadet Bomba dan Penyelamat bagi badan beruniform. Apabila telah dinyatakan nama aku dalam bahagian kokurikulum di buku takwim sekolah, aku pasrah dengan apa yang ditentukan. Bukan aku tidak berminat tetapi pada masa itu aku merasakan ia merupakan suatu bidang baru bagi aku sementelahan ironinya semasa aku di zaman sekolah rendah dan menengah dahulu kala, aku bukanlah seorang yang aktif dan setia dalam berpersatuan, berkelab dan beruniform ini. Jadi, selok-belok pengetahuan aku dalam matlamat utama aktiviti kokurikulum itu amatlah cetek di pengalaman diri ini. Aku juga tidaklah mengeluh kerana aku turut merasakan ia adalah satu cabaran bagi aku untuk mendidik para pelajar aktif dari segi membentuk sifat kepimpinanan, kedisiplinan diri dan kesetiaan kepada ketua di samping mengelakkan para pelajar daripada terjebak ke dalam pelbagai gejala negatif yang semakin pelik dan penuh kecelaruan untuk difahami pada zaman moden ini. Sepanjang tempoh aku menjadi seorang pendidik, memang aku cuba sedaya-upaya untuk menghadirkan diri untuk menimba kembali pengalaman yang cetek itu. Satu yang menarik perhatian bagi aku adalah jalan cerita penyertaan aku dalam Kadet Bomba dan Penyelamat di sekolah aku. Di awal pembabitan aku dalam badan beruniform yang agak unik ini, aku sememangnya mempunyai kosong pengalaman yang boleh diaplikasikan. Ditambah pula dengan situasi pengurusan organisasi kadet ini yang sangat goyah baik dari segi guru2nya dan pelajar2nya. Aku berazam di waktu itu untuk membina kembali reputasi badan beruniform yang aku bimbing supaya tidak lagi dipandang sebelah mata dan difikirkan enteng oleh orang lain. Kalau dilihatkan kepada kebanyakan ahlinya adalah terdiri daripada pelajar yang menjadikan badan beruniform pilihan terakhir untuk disertai demi memenuhi markah 10% kokurikulum yang termaktub dalam dasar pendidikan kerajaan. Pada tahun pertama aku menjalani bimbingan kadet bomba ini, aku menghadapi pelbagai kesukaran yang perlu dilangkahi dengan penuh ketabahan sementelahan aku hanya menjalankan usaha murni ini secara berseorangan dengan kurangnya bimbingan yang kukuh daripada guru2 yang lebih senior. Aku berputus asa kerana usaha2 yang aku lakukan terpaksa dilayan dengan kerenah2 beberapa guru yang sering menolak dan menendang bagaikan aku sebiji bola yang akhirnya kembali kepada aku sendiri. Akibat tidak dapat menahan tekanan yang dialami ke atas diri, aku akhirnya ‘mengabaikan’ bimbingan yang aku telah rancang. Tetapi aku mengambil teladan dan iktibar daripada segala yang berlaku di dalam organisasi beruniform itu. Aku telah tahu dan dapat mengenalpasti beberapa pelajar yang berpotensi untuk pergi lebih jauh dalam aspek kepimpinan organisasi. Aku sudah tidak terdaya pada waktu itu untuk dilaksanakan secara keseorangan. Terbiar dibawa arus yang tiada kepastian hala tujunya. Kalau ke arah positif, positiflah jadinya. Aku hanya mampu melihat dari jauh pergerakan mereka kerana banyak kudrat motivasi aku telah habis diperah. Cuma tinggal sedikit untuk simpanan dan banyak itulah yang sedia digunakan pada masa hadapan jika diperlukan.

Pada tahun ini, syukur aku panjatkan kepada-Nya kerana aku telah menerima seorang guru yang sudi membantu dan sedia menyinsing lengan bersama aku dalam meningkatkan kembali prestasi buruk yang telah dialami sekelian lama. Maklumat yang aku perolehi ini telah diceritakan semula oleh seorang bekas pelajar yang merangkap bekas kepimpinan kadet bomba sekolah itu juga. Dia turut menceritakan kegemilangan kadet bomba pada zamannya yang sehinggakan ahli2nya boleh dan mampu menjalankan aktiviti2 kebombaan dan berkawad itu sendiri dengan sedikit sahaja bimbingan yang diberikan oleh guru2 pada waktu itu. Aku memikirkan itu adalah satu kejayaan yang sangat cemerlang pernah dicapai oleh kadet bomba sekolah. Boleh disimpulkan daripada kisah bekas pelajar itu, selepas zaman kepimpinan cemerlang itu disebabkan kurangnya pelapis kadet yang berwibawa maka organisasi kadet bomba sekolah mula mengalami zaman kesuraman sehingga ia tidak lagi menjadi satu badan beruniform yang bersifat elit di mata pelajar2 lain.

Tidak ketinggalan sekarang guru2 lain yang turut sama dengan aku dalam membimbing kadet bomba sekolah telah mula memberikan kerjasama yang bukan sedikit malahan komitmen yang tinggi juga turut diserlahkan melalui permintaan aku dalam bersama2 mengawasi dan membimbing latihan ahli2 kadet di setiap hari yang telah ditetapkan. Mereka mampu mengikut jadual giliran pengawasan yang telah diusulkan kepada mereka di awal tahun ini. Walaupun latihan ke atas ahli kadet hampir keseluruhannya diberikan oleh pegawai bomba bertauliah yang dilantik, namun aku dan guru2 lain juga turut sama menimba sedikit ilmu kebombaan secara tidak langsung yang mungkin dapat diaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari di merata2 tempat. Aku kini sudah mula dapat melihat kesan positif yang wujud di dalam kadet bomba ini hasil daripada usaha dan kerjasama yang dijalinkan secara serius di antara kedua2 pihak ahli2 kadet dan guru2 pembimbing. Pelapis2 baru sudah mula tampak sinarnya untuk kepimpinan masa depan organisasi beruniform sekolah ini. Namun, aku tidak akan mendabik dada atas bermulanya kejayaan ini kerana masih awal lagi untuk diraikan serta banyak lagi usaha yang perlu digembleng dan dicernakan bersama. Juga ia masih belum mampu berdiri teguh dengan kukuhnya di atas pasak matlamat utama organisasi kadet ini. Jadi, aku berharap kerjasama erat ini dapat diteruskan bersama oleh guru2 pembimbing bomba yang lain agar kembali menggapai semula kegemilangan yang pernah dikecapi dan kekal berprestij elit sehingga bila2 waktu.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s