Terkena Sendiri Balik.


Sesungguhnya aku sangat suka dalam menulis dan menaip di komputer.  Sejak aku mula memahami penggunaan aplikasi di komputer sehinggalah trend terkini menitipkan kata2 di muka2 blog sendiri atau tweets di Twitter atau mengemaskini status di Facebook. Aku selalu menerapkan dan mengingatkan diri ini kepada salah satu sikap positif dalam merencanakan segala penulisan di blog, Twitter dan Facebook iaitu penulis mesti bertanggungjawab atas segala apa yang telah ditulis. Sebabnya kalau dapat kita lihat, jika kena pada perspektif, tempat dan situasi pada masa penulisan itu dinyatakan, ia dapat memberikan satu impak yang besar kepada seluruh komuniti yang kita tujukan. Impak yang diberikan itu juga mampu terbentuk kepada suatu yang berbentuk positif dan jika tidak kena gaya, boleh terjadi negatif tanpa kita sedari. Bagi yang memberikan impak positif, ia akan disokong dan bakal memberi perubahan atas apa yang kita telah nyatakan serta boleh mencetuskan revolusi ke arah kebaikan dan kemaslahatan umat sejagat. Tetapi yang akan membahayakan ialah sekiranya penulisan itu memberikan satu kesan yang negatif apabila ia telah dibaca dan ditelaah oleh jaringan rakan2 yang kita telah kumpul sejak berbulan2 lamanya. Ia bakal mencetuskan pelbagai reaksi yang menimbulkan kekeliruan atas segala yang telah ditulis kerana apa yang diketahui oleh pihak terbanyak telah diselitkan dengan sedikit cerita dibalik tabir kepada berlakunya penulisan negatif demikian. Sebenarnya ada juga penulis yang tidak sedar akan impak yang ditulisnya. Bolehlah dikatakan dengan istilah secara tidak sengaja. Apabila melihatkan kepada maklum balas yang diberikan oleh rakan2 yang membaca penulisan itu, barulah ia sedar ke arah mana perspektif itu pergi. Sebagai penulis yang bertanggungjawab, terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengembalikan semula landasan perspektif penulisan itu diterbitkan. Pertamanya, si penulis itu boleh berinteraksi dengan membalas semula segala komen pembaca a.d.s rakan dengan menjelaskan perkara sebenar yang ingin dijelaskan dalam penulisan itu. Dengan harapan ia memusnahkan segala salah faham yang berlaku itu. Ataupun sekiranya penulis merasakan ia boleh berlarutan sehingga mengganggu perhubungan rakan2 di alam realiti, maka atas dasar bertanggungjawab dengan apa yang telah ditulis, penulis itu mestilah terus memadamkan penulisan itu kerana besar kebarangkalian ia tidak akan terus menambahkan kekusutan dan kekeliruan di kalangan rakan. Samalah diibaratkan sebagai membakar diari yang tidak ingin orang lain baca. Kenapa aku berkata mengenai perkara ini sedemikian rupa di blog ini? Sebab ia telah berlaku kepada aku. Dan aku tidak berkehendakkan situasi seperti itu terjadi. Ia bakal menggugat reputasi perhubungan aku dengan rakan lain walaupun niat aku hanyalah untuk dijadikan teladan buat tatapan pembaca.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s