Pecah Rekod.


Faktor aku pecah rekod dalam tidak mengemaskini blog selama lebih sebulan:

  1. Modem Celcom Broadband [bahasa kasarnya Sialkom Berukband] yang bermasalah apabila dipasang pada laptop baru aku. Sampai satu masa nak hapuskan akaun Celcom ini. Tapi aku masih terikat dengan kontrak. Jadi nak tak nak terpaksa cari penyelesaian sendiri dengan mendail Pusat Perkhidmatan Pelanggan dan pergi sendiri ke Pusat Celcom di bandar. Akhirnya aku menemui jalan penyelesaian itu. Barulah aku dapat kemaskini blog sekarang.
  2. Kesibukan di sekolah juga makin menjadi2. Aku rasa macam tak menang tangan. Sampaikan cuti sekolah ini pun aku merasakan tak dapat nak balik untuk siapkan semua itu. Tapi aku paksakan juga diri ini untuk balik mencergaskan kembali fikiran dan fizikal yang telah dijana secara berterusan dalam enam bulan ini. Karang tak pasal2 sakit yang bukan2. Aku juga sempat menyertai perkhemahan sekolah sebagai salah satu cara aku melepaskan tekanan melalui pelancongan secara tak langsung. Tak disangka sampai di bumi Mersing ini buat kali yang pertama.
  3. Kini rumah aku sudah dilengkapi dengan satu lagi sistem hiburan baru Astro. Jadi kurang sikit mengadap depan laptop mengemaskini bagai. Per2pun aku tidak sekali2 meninggalkan internet ini. Masih ber’online’ cuma sekali-sekala tidak berada di depan laptop kerana tertarik dengan rancangan2 kegemaran di saluran2 yang dilanggan aku.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s