Nilai Sihat Diri


Sesungguhnya kini aku baru kebah daripada gangguan kesihatan yang dialami dalam satu dua hari lepas. Sejak dari dulu, aku sentiasa sedar bahawa kesihatan diri yang dijaga cemerlang sekarang dapat memberikan satu kenikmatan kehidupan yang tidak ternilai di masa hadapan . Bayangkan sekali sakit yang tiba hatta sekecil-kecil penyakit seperti selesema dan batuk akan dapat merapuhkan sedikit sebanyak kekuatan daya penumpuan dan kebolehtahanan diri untuk melakukan tugasan-tugasan yang telah menjadi rutin sejak sekian lama. Mungkin ada orang pernah berkata sakit itu adalah sebahagian bentuk untuk menghapuskan dosa-dosa kecil. Aku berharap sebahagian dosa-dosa kecil itu telah terhapus di samping senantiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar ditingkatkan segala pahala kebajikan di dunia ini sama ada berlaku secara langsung atau tidak langsung. Tidak dilupakan ia juga merujuk sebagai suatu petanda kepada diriku supaya tidak berada dalam kelalaian dan sentiasa mengungkapkan kesyukuran atas segala nikmat kehidupan dunia fana yang diciptakan-Nya ini. Amin.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s