Coretan Akibat Susah Nak Lelap


  1. Malam ini entah susah untuk aku jelaskan tentang sukarnya nak melelapkan mata walaupun cuma seketika.
  2. Puas jua aku melapangkan kekusutan fikiran yang turut melanda pada malam ini.
  3. Namun fikiran itu masih terus menguasai benak di kepala ini lantas secara langsung membawakan kepada kegelisahan di dalam diri tentang perencanaan di masa depan.
  4. Adakah aku akan mampu bertahan dengan segala pancaroba itu? Dan yang paling utama bermain di fikiran ini adalah selama mana aku mampu bertahan jika ia berterusan dihempaskan kepada aku setiap sepurnama yang mendatang.
  5. Letih mencari pelbagai jalan penyelesaian untuk menamatkan ia atau sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bebanan ini.
  6. Tapi ia masih kelihatan tiada pengakhirannya.
  7. Hanya doa dan tawakal kepada Yang Maha Esa itulah tonggak yang tinggal untuk terus menampung kekuatan dan ketabahan diri ini.
  8. Walaupun begitu, aku masih mengharungi pancaroba itu tanpa rasa beralasan.
  9. Aku senantiasa yakin hasil tidak akan wujud tanpa usaha yang berterusan dari keringat sendiri.
  10. Semoga hasil itu kelak juga dapat mengembalikan semula segala yang pernah aku miliki dahulu.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s