Kerenah Kawan-Kawan Sekerja.


Aku hampir pasti kebanyakan penjawat awam mahupun swasta di luar sana akan selalu mengalami situasi ini. Situasi di mana mereka perlu menelan segala pahit dan manis dalam menangani serta ada yang terpaksa menerima bulat-bulat kerenah ini demi memenuhi ruang kedukaan hati sendiri. Hasil daripada pengalaman yang tidak lama cuma di alam pendidikan berpancaroba ini, aku kini telah dapat menyelami segala rencah enak, basi dan hangusnya kerenah-kerenah itu. Tak kiralah dari yang lebih veteran pangkatnya, yang baru masuk berpangkat atau tidak kurang juga dari kawan-kawan yang berjiran di tempat duduk bertugas kita. Susah ingin dibayangkan akibat daripada ketidak-bijakan kita dalam menangani kerenah itu. Boleh jadi ia akan merebak yang selalunya berakhir dengan bermasam muka ataupun ia akan berubah segala cerita kehidupan kita ke arah kepositifan secara drastiknya. Yang paling tidak dapat tahan apabila melihat ada di kalangan mereka yang  berbisik seolah-olah ada yang tak kena si polan berkenaan. Kini yang hanya mampu aku lakukan ialah dengan berbanyakkan kesabaran serta memohon keampunan daripada Tuhan yang Maha Esa yang mungkin ingin mengujiku atau membalas segala dosa yang pernah kulakukan. Tidak ketinggalan Kau berikanlah kekuatan agar aku dapat bertahan daripada ujianMu ini.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s