Faktor Ketidak-kemaskinian Blog.


Dah lama betul aku tak kemaskini blog ini dengan maklumat2 terbaru. Jadi, apakah faktor yang menyebabkan terjadinya situasi aku ini?

  1. Beberapa tugasan aku di sekolah yang perlu diutamakan dan diselesaikan.
  2. Rajin membaca blog kengkawan sampai blog sendiri terabai untuk dikemaskini.
  3. Wujud rasa malas di dalam diri sementelahan penat bekerja di siang hari (a.d.s berhibernasi, boleh dikatakan juga faktor utama).
  4. Leka bermain permainan2 atas talian terutama sekali Mafia Wars yang amat menagihkan diri.
  5. Sedang menumpukan perhatian kepada peristiwa2 penting yang berlaku di sekeliling untuk dimuatkan dalam kemasukan akan datang. (Ops!)
  6. Sedang merangka draf kandungan untuk satu lagi blog yang bakal diwujudkan. (Ops! kali kedua)
  7. Lebih banyak menonton video2 di Youtube. (boleh dikatakan satu bentuk pengalaman baru menonton televisyen pada masa depan.)

Itu dia tujuh faktor yang menjadi kekangan aku sepanjang tidak mengemaskini blog kesayangan ini. Di sini, terpanggil aku untuk menyatakan bahawa kadang2 aku nak kelakar dengan segelintir kemasukan blog yang aku selalu baca. Antara yang diperkatakan tentang sebab tidak mengemaskini blog mereka ialah tidak mempunyai idea untuk menulis. Tapi apakah mereka sedar bahawa apa yang mereka tulis berkenaan tidak ada idea itu juga merupakan satu idea. Prinsip aku dalam mengharungi dunia berblog ini ialah buat apa nak pening2 kepala nak kemaskini blog setiap hari. Cukuplah sekadar sekurang2nya seminggu sekali blog itu dikemaskini. Atau paling tidak pun pastikan tempoh kemasukan blog itu tidak terlalu lama diabaikan. Kalau nak dikemaskini hampir setiap hari, memanglah kering idea nak menulis itu. Walaupun begitu, memang aku mengakui bahawa kemaskini yang terkini di dalam sesebuah blog amatlah penting dalam memastikan blog itu sentiasa mendapat kunjungan dan perhatian daripada jutaan pembaca blog tegar di luar sana. Oh ye! Nak ambik kesempatan di sini aku nak bagitau bahawa kemaskini blog yang paling terkini boleh diikuti di laman Twitter aku iaitu http://twitter.com/ahamimokhi. Sesiapa yang ada Twitter tu pun, boleh follow aku di situ.


Kenapa Aku Dah Lama Tidak Mengemaskini Blog?


  1. Sebab pertama ialah aku kini sibuk dalam menyelesaikan segala tugasan sekolah dan peribadi yang tidak berkesudahan.
  2. Mungkin aku terlalu leka dengan permainan-permainan yang wujud di Facebook seperti Mafia Wars, Typing Maniac dan Metropolis.
  3. Aku sering diganggu oleh anasir-anasir luar yang menyebabkan wujud sindrom kekeringan idea dalam mengarang di blog ini.
  4. Sejak kebelakangan ini, aku banyak membaca koleksi blog-blog yang terdapat dalam Google Reader. Ini adalah hasil usaha aku dalam menyelusuri pelbagai ‘link’ blog yang sesuai dengan kecenderungan minat aku seperti blog kengkawan dan blog2 ICT.
  5. Atau aku nak jadikan blog ini sedikit eksklusif supaya pembaca ternanti2 kemasukan terbarunya. Boley? Haha.

Selak2 Blog; Kursus Oh Kursus; Sikap Rakan Serumah.


1. Sejak akhir2 ini, aku sentiasa menyelak2 blog yang menarik perhatian aku terutama sekali blog yang berkaitan dengan politik atau blog kengkawan sekira tajuk blognya menarik perhatian aku. Blog berkaitan dengan ICT juga turut tidak ketinggalan menjadi santapan mata dan minda dalam menambahkan lagi koleksi pengetahuan am aku. Kiranya hobi lah jugak dalam kata lainnya. Dalam proses selak menyelak ni, aku dapati pelbagai tema dan gaya persembahan telah dipaparkan dalam blog2 mereka ni. Daya kreativiti blog mereka turut diterjemahkan melalui isi kandungan dan gaya penulisan mereka serta ditambah lagi dengan kemahiran mengedit menggunakan perisian Adobe Photoshop juga turut menarik perhatian aku. Bercakap mengenai perisian Adobe Photoshop, sebenarnya aku telah lama tidak meluahkan kreativiti ke dalam blog nih. Bukan sebab aku dah tak minat dengan Photoshop malahan beberapa minggu yang lepas aku dah mendapatkan versi terkininya. Aku memang akui lah sejak akhir2 ni sentiasa sibuk dengan tugasan sekolah yang perlu diselesaikan dahulu. Jadi kena ada masa yang sesuai untuk aku mengadap semula Photoshop yang dicintai ini. Huhu.

2. Dalam jangka masa 2 minggu ni, aku telah dikehendaki menghadiri beberapa taklimat dan kursus yang diadakan di sekolah atau tempat lain. Nasib baik boleh buat tuntutan duit minyak. Kalu tak naya jugak poket aku di tengah2 bulan ni. Yang pertama taklimat penataran mengenai PEKA menengah rendah kat SMK Penghulu Saad. Yang peliknya di sini, walaupun aku dah tak mengajar Sains menengah rendah tapi disuruh pergi jugak ke taklimat tu dengan alasan aku mungkin akan dapat balik subjek tuh. Bole ke terima alasan tu? Nak tak nak pergi je lah. Guru baru macam aku ni tak bole banyak songeh. Yang kedua pulak aku kena kursus mengenai profesionalisme guru kat Institut Perguruan Tun Hussein Onn (IPTHO). Apa yang aku geram kat situ ialah takdenya penunjuk arah ke bilik kursus tu berlangsung. Sampaikan Pengarah Pelajaran Daerah pun naik bengang sebab tak tau tempat bilik kursus tu apatah lagi kami yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke maktab tu. Seterusnya yang terakhir sekali adalah pada hari ni iaitu aku dikehendaki ke SK Parit Raja untuk taklimat sistem pengurusan audit nilai dalam perkhidmatan awam. Apa yang mengejutkan aku di sini ialah menurut kata pemberi taklimat tu, sesiapa yang hadir pada taklimat nih adalah merupakan setiausaha kepada jawatankuasa audit nilai di sekolah. Terpaksa la aku sandang jawatan ni dengan rendah dirinya sebab dah terhadirkan diri kat taklimat ni. Maka makin bertambahlah tanggungjawab aku kat sekolah. Tapi nasib baik benda ni melibatkan penggunaan Microsoft Excel. Wujud la minat aku tu nak menyandang jawatan ni.

3. Aku tau korang mesti pernah mengalami kan benda2 yang melibatkan sikap rakan serumah ni. Yang penting bagi aku adalah mesti pandai dalam menahan zahir dan batin diri ini dengan sikapnya yang poyo itu. Memang dah lama aku memendam perasaan geram ni jauh di sudut lubuk hati. Kadang2 tu rasa nak lepaskan je supaya dia berubah sikapnya yang poyo tu. Rakan baik aku yang sempat beramah mesra dengan dia pun mengakui sikap kepoyoan itu. Tu baru sekejap. Aku ni yang dah berbulan dok dengan dia ni sabar je la.