Ahli Silap Mata & Pakar Ilusi (Magician & Illusionist)


Sejak aku duduk kat umah sempena cuti sekolah ni, banyaklah rancangan2 televisyen yang best dapat aku tengok dalam Astro seperti SmallVille, CSI Vegas, CSI:Miami, CSI:NY dan macam2 la. Di samping saluran yang berunsurkan pengetahuan seperti Discovery Channel, National Geographic atau History, saluran lain yang aku selalu tengok juga ialah saluran Astro Hitz dan saluran AXN. Dalam saluran AXN tu, ada satu rancangan yang bagi aku adalah menarik untuk ditonton iaitu namanya “Breaking The Magician’s Code” [boleh juga ditonton dalam Youtube].  Lepas tu, terus ada idea nak tulis blog nih. Haha. Seperti namanya, intipati kandungan rancangan ini semestinyalah berkaitan rahsia2 yang digunakan oleh ahli2 silap mata (magician) atau pakar ilusi (illusionist) dalam melakukan persembahan silap mata di khalayak ramai. Tak kisah lah sama ada dibuat secara jalanan ataupun seperti dalam dewan yang mana seolah2 satu persembahan teater. Dan aku amat yakin dengan segala penjelasan yang dinyatakan adalah amat logik. Setelah menonton rancangan itu, dapatlah aku membuat kesimpulan bahawa persembahan silap mata ini bukanlah satu persembahan menggunakan ilmu hitam seperti yang selalu diwar-warkan suatu ketika dahulu. Ingat lagi zaman aku dulu, sampai ada orang buat buku yang mengatakan David Copperfield itu ada hubungan dengan jin la dan macam2 dakwaan lagi. Hakikatnya tak begitu. Sebetulnya, ia merupakan lebih kepada satu persembahan helah (trick) dan ilusi yang banyak menggunakan koordinasi serta kecekapan mata dan tangan si ahli silap mata ini. Jadi apabila kita menonton persembahan mereka ini di televisyen atau secara langsung, kita sebetulnya banyak diperdayakan oleh helah yang digunakan untuk ‘menipu’ fokus penglihatan kita terhadap setiap gerak-geri persembahan silap mata mereka. Dengar saje orang berkata mengenai magik, terus terpampang di pemikiran kita seorang ahli silap mata terkenal iaitu David Copperfield. Ya memang tidak dapat dinafikan. Tapi sebenarnya ramai lagi di luar sana yang terkenal dengan silap mata nih. Di sini aku nak kongsikan beberapa video menarik persembahan silap mata yang dilakukan oleh mereka ini.

David Copperfield [ klik di sini ]

Chris Angel [ klik di sini ]

Kalau korang tak puas hati lagi, boleh klik kat sambungan2 (link) di bawah ini:

David Blaine [ klik di sini ]

Lance Burton [ klik di sini ]

Cyril Takayama [ klik di sini ]

Justin Kredible [ klik di sini ]

Magic X Live [ klik di sini ]

The Society of American Magicians [ klik di sini ]

The Society of Youth Magicians [ klik di sini ]


2 Komen on “Ahli Silap Mata & Pakar Ilusi (Magician & Illusionist)”

  1. anakkawi berkata:

    haha, akhirnya kita boleh berfikir dengan waras…

    • ahamimokhi berkata:

      ya………
      mmg betul tu……..
      kadang-kadang kita mudah terpedaya dengan perkara2 yang menakjubkan…………
      seperti silap mata…….
      apabila saya menyelidiki laman2 web yang berkaitan silap mata @ magik ini………..
      mereka banyak menggunakan istilah seperti:
      – performer
      – art performance
      – illusion
      – entertainment
      – entertainer
      jadi, kesimpulannya tiada magik yang sebetulnya……….
      ia hanyalah merupakan satu persembahan untuk menghiburkan orang ramai yang meminatinya…….


Tinggalkan komen